Bagi ramai wanita, loket emas 916 bukan sekadar perhiasan di leher. Ia adalah simbol gaya, nilai dan pelaburan yang bertahan lama. Dikenali juga sebagai emas 22K, loket ini mengandungi 91.6% emas tulen yang menjadikannya berkilau, tahan lama dan sesuai dipakai setiap hari.
Di SK Jewellery Malaysia, kami menampilkan koleksi loket emas 916 dengan pelbagai rekaan terkini: daripada bentuk love romantis, huruf peribadi, bunga feminin, hinggalah loket rantai yang minimalis.
Koleksi kami bukan sahaja cantik dipandang, malah kemas dipakai di leher, sesuai untuk dipadankan dengan rantai emas kegemaran anda. Sama ada untuk gaya harian, majlis istimewa atau hadiah bermakna, setiap loket emas 916 pasti memberi inspirasi kepada pencinta emas dan jewellery moden.
1. Loket Love Emas 916
Bila sebut tentang loket emas 916, rekaan berbentuk hati sentiasa menjadi pilihan utama. Ia melambangkan cinta yang tulus dan kasih sayang yang tidak bertepi. Sama ada untuk diri sendiri atau dijadikan hadiah buat pasangan, loket love emas 916 pastinya memberi sentuhan romantis yang manis di leher anda.
i. SK 916 Luminous Heart Gold Pendant

ii. Heart of Forever Diamond 916 Gold Pendant

iii. SK 916 Perfect Love Gold Necklace


iv. Heartfelt Union 916 Gold Pendant

v. Circle Frilled Heart Diamond 916 Gold Pendant


Vi. SK 916 Love Sign Pendant

2. Loket Bunga Emas 916
Bagi wanita yang sukakan gaya lembut dan elegan, loket emas bunga adalah pilihan yang tidak pernah lapuk ditelan zaman. Setiap rekaan bunga membawa simbol tersendiri—kecantikan, kelembutan, dan keanggunan. Dipadankan dengan rantai emas 916 di leher, loket ini menambah seri pada penampilan harian mahupun majlis istimewa.
SK 916 Pinwheel Bloom Gold Pendant

Red Agate Golden Bloom 916 Gold Necklace

Whirling Blossom Diamond 916 Gold Pendant

3. Loket Haiwan & Simbolik
Bagi mereka yang sukakan gaya playful atau loket dengan makna mendalam, rekaan berbentuk haiwan dan simbolik sangat sesuai. Dari rama-rama yang melambangkan kebebasan hingga ikan koi yang melambangkan rezeki, loket emas 916 kategori ini memberi sentuhan istimewa pada rantai di leher anda.
Infinite Wings 916 Gold Pendant

Flutter of Gold 916 Gold Pendant

Swan’s Whisper 916 Gold Pendant

Koi of Fortune 999 Pure Gold Pendant

4. Loket Rantai Emas 916 Minimalis & Harian
Untuk anda yang sukakan gaya simple tetapi tetap menawan, loket rantai emas 916 adalah pilihan terbaik. Ringkas, ringan dan kemas di leher, loket kategori ini sesuai dipakai setiap hari, sama ada ke pejabat, santai hujung minggu, atau majlis kasual.
Everlink 916 Gold Pendant

Dazzle Drop 916 Gold Necklace

SK 916 Reversible Heart in Heart Duo-tone Gold Pendant


SK 916 Poppin Hearts Gold Pendant


5. Loket Emas Eksklusif & Moden
Bagi pencinta fesyen yang sukakan kelainan, loket emas 916 dengan rekaan moden dan eksklusif adalah pilihan paling tepat. Rekaan ini biasanya menonjol, penuh gaya, dan menjadikan pemakai lebih yakin bila dipadankan dengan rantai emas di leher.
SK 916 Interwined Gold Pendant


Dreamcatcher 916 Gold Pendant

SK 916 Oro Amare High Heel Stiletto Pendant in Baby Blue


Kesimpulan
Daripada loket love yang romantis, huruf yang penuh peribadi, bunga yang feminin, hingga ke loket rantai minimalis dan rekaan moden, pilihan loket emas 916 memang tiada had. Setiap rekaan membawa makna tersendiri. Ada yang simbol cinta, ada yang jadi penambah gaya, malah ada juga yang dijadikan pelaburan emas bernilai.
Di SK Jewellery Malaysia, anda boleh temui koleksi loket emas 916 terkini 2025 yang bukan sahaja cantik dipandang, tetapi juga kemas dipakai di leher dengan rantai emas kegemaran anda. Sama ada untuk diri sendiri atau sebagai hadiah bermakna, loket emas 916 pastinya menjadi pilihan yang tak akan mengecewakan.
Kini masanya anda melihat sendiri koleksi penuh kami di butik atau laman web SK Jewellery Malaysia, dan pilih loket emas 916 yang paling sesuai untuk gaya dan personaliti anda.
- Berminat dengan gelang emas 916? Lihat koleksi kami di sini: Gelang Emas 916 Bajet RM2000
- Nak tahu lebih lanjut tentang harga rantai emas 916? Semak panduan lengkap di sini: Harga Rantai Emas 916
Soalan Lazim (FAQ) Tentang Loket Emas 916
1. Apa maksud loket emas 916 (22k)?
Loket emas 916 merujuk kepada emas 22K dengan kandungan emas tulen 91.6%. Ia berkilau, tahan lama, dan sesuai untuk dipakai setiap hari.
2. Apa beza loket emas 916 (22k) dengan emas 999 (24k)?
Emas 916 lebih kukuh kerana ada campuran logam lain (91.6% tulen), jadi sesuai untuk pemakaian harian. Emas 999 lebih tulen (99.9% tulen) tapi lembut dan mudah calar.
3. Bagaimana cara pilih rantai yang sesuai untuk loket?
Rantai pendek (40–45 cm) sesuai untuk gaya kasual, manakala rantai panjang (50 cm ke atas) nampak lebih elegan. Pastikan bail loket muat dengan rantai emas anda.
4. Boleh ke padankan beberapa loket emas 916 sekali gus?
Ya! Trend sekarang ialah layering. Contohnya, loket huruf besar di rantai pendek, loket love di rantai sederhana, dan loket bunga di rantai panjang — hasilnya nampak moden dan stylish di leher.




