Pengantin Lelaki dan Perempuan dengan Barang Kemas menurut Adat Perkahwinan Melayu

3 Jenis Cincin Dalam Adat Perkahwinan Melayu

3 Jenis Cincin Dalam Adat Perkahwinan Melayu

Bangsa Melayu merupakan bangsa yang kaya dengan adat yang sudah berzaman tapi masih lagi dipraktiskan hingga ke hari ini oleh segelintir masyarakat Melayu. Antaranya merupakan adat-adat perkahwinan dimana pihak lelaki akan merisik pihak perempuan serta menghantar cincin sebagai hadiah atau tanda. Dalam majlis pertunangan dan kahwin juga ada cincin yang diberi oleh pihak lelaki. Secara keseluruhan, terdapat 3 jenis cincin yang pihak perempuan akan terima. Tapi, apa yang membezakan cincin merisik, tunang, dan kahwin?

Cincin merisik (cincin belah rotan)

Ramai yang masih keliru sebenarnya tentang apa yang dimaksudkan dengan merisik. Merisik secara definisinya bermaksud menyelidiki atau menyiasat dengan sembunyi sembunyi. Ia mempunyai maksud untuk mengirim orang untuk menyiasat berjaya atau tidak pinangan.

Pada zaman dulu, merisik akan berlaku dengan pihak lelaki menghantar rombongan ke rumah si perempuan untuk mendapat tahu status perempuan itu jika sudah berpunya ataupun tidak.

Merisik secara tradisionalnya dilakukan bila pihak keluarga ingin mengaturkan perkahwinan bagi anaknya. Tapi pada masa kini, ada saja pasangan yang walaupun sudah saling mengenali, masih melakukan upacara merisik bagi keluarga mereka saling berkenalan.

Hanya satu jenis cincin yang popular di kalangan masyarakat Melayu ketika ingin memilih cincin merisik iaitu cincin belah rotan. Cincin belah rotan ini diperbuat oleh emai 916 dan mempunya reka bentuk yang ringkas. Cincin merisik juga dikenali sebagai cincin tanda. Ini kerana cincin merisik membawa simbol bahawa perempuan tersebut sudah pun menerima lamaran lelaki itu.

Circle of Circles 14K Yellow Gold Loca Ring

IMG_256

Circle of Circles 14K Rose Gold Loca Ring

KR014_RG_1

SK 916 Gaiai Roman Gold Ring

BR10060-1

SK 916 Globule Gold Ring

BR1184_1

SK 916 Classic Link Gold Ring

BR762-2

Cincin tunang (cincin eternity)

Bagi pasangan yang telah lama bersama, ada saja yang melangkau proses merisik dan terus bertunang. Ketika majlis bertunang ini, sebentuk cincin lagi akan diberikan oleh pihak lelaki kepada tunangnya sebagai tanda bahawa perempuan tersebut bakal menjadi isterinya.

Cincin ini akan dinaiktaraf reka bentuknya berbanding dengan cincin merisik. Cincin tunang biasanya diperbuat oleh emas 916 juga tetapi merupakan lebih lebar dan tebal. Cincin tunang yang diberikan juga biasanya mempunyai satu batu permata kecil dalam reka bentuknya.

Tapi pada masa kini, ramai yang memberikan tunangnya cincin eternity atau eternity ring sebagai cincin tunang. Cincin eternity ini diperbuat oleh emas 18k dan terdapat berlian kecil-kecil mengelilingi badan cincin tersebut.

Classic Eternity Rose Gold Wedding Band

SDR04292_RG_1

Classic Half Eternity Stackable Diamond Band in Rose Gold

SDR04185_RG_2

Flutter Heart Rose Gold Diamond Ring

SDR04183_RG

Star Carat Classic Twirl Diamond Ring

IMG_257

Star Carat Classic Love Diamond Ring

IMG_258

Star Carat Elegant Eternity Diamond Ring

IMG_259

Cincin nikah atau cincin kahwin (cincin solitaire)

Yang terakhir sekali adalah cincin nikah. Ketika majlis akad nikah, kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan akan menerima cincin perkahwinan dari satu sama lain sebagai tanda sah ikatan sebagai suami isteri. Sesi penyarungan cincin ini dipanggil sebagai upacara membatalkan air wuduk atau air sembahyang setelah selesai diijab qabulkan.

Cincin nikah adalah antara cincin yang paling penting jika dibandingkan dengan cincin merisik dan bertunang kerana cincin ini memberi simbol bahawa pasangan tersebut sudah pun bergelar sebagai suami isteri.

Selain daripada itu, cincin nikah juga merupakan cincin yang lebih eksklusif. Terpulang kepada pengantin perempuan untuk menentukan jenis bahan cincin itu diperbuat, sama ada ia diperbuat daripada emas atau perak. Cincin nikah juga selalunya direka dengan satu batu berlian atau lebih dikenali sebagai cincin solitaire.

Namun pada masa kini, ada saja pengantin yang lebih gemar mereka bentuk cincin nikahnya sendiri mengikut citarasa tersendiri berbanding membeli cincin yang sudah siap. Antara sebabnya adalah kerana mereka mahu cincin nikah mereka istimewa dan menonjol di antara reka bentuk cincin biasa.

Star Carat Twinkle Diamond Ring

IMG_260

Star Carat Glamour Diamond Ring

IMG_261

Star Carat Fancy Teardrop Diamond Ring

IMG_262

Cincin tunang dan nikah untuk lelaki

Bagi pihak lelaki, cincin tunang ataupun cincin nikah tidaklah wajib untuk mereka pakai. Tidak tertulis di dalam panduan agama Islam di mana pihak lelaki harus mempunyai cincin tunang dan cincin kahwin.

Namun, tidak salah jika pihak perempuan ingin menghadiahkan bakal suaminya cincin tunang atau cincin nikah supaya kelihatan sedondon di atas pelamin.

Tapi anda perlu ingat, oleh kerana majoriti orang Melayu beragama Islam, diharamkan bagi lelaki Melayu Islam untuk memakai barang-barang yang diperbuat oleh emas. Jadi, jika teringin menghadiahkan bakal suami anda cincin tunang atau cincin nikah, belilah cincin yang diperbuat oleh perak ataupun platinum.

Moonbeam Wedding Band

Screenshot 2023-03-21 113612

Starlit Shore Wedding Band

Screenshot 2023-03-21 113707

Pemakaian cincin merisik, tunang, dan nikah

Nak berkahwin pun sampai tiga cincin diberi! Jika anda seperti saya, mesti anda tertanya di jari mana harus pakai cincin merisik, cincin tunang, dan cincin nikah?

Pemakaian cincin terpulang kepada yang memakai, ikut keselesaan anda. Tetapi, ada yang berpendapat bahawa cincin merisik disarungkan di jari manis belah kiri manakala cincin bertunang di jari manis belah kanan.

Anda juga boleh sahaja jika ingin memakai kedua-dua cincin merisik dan cincin tunang bersama-sama di jari manis belah kanan.

Jika anda sudah menerima cincin nikah, boleh juga jika anda memakai cincin nikah bersama-sama cincin tunang di jari belah kanan manakala cincin merisik kekal di jari manis belah kiri.

Malay-4x5-02
Malay-4x5-01
Malay-4x5-04
Malay-4x5-03
220404 SK8439AFTER
220404 SK8469AFTER
220404 SK8119
220404 SK8328
220404 SK8589

Akhir kata

Walaubagaimana pun, perbuatan memberi cincin hanyalah adat yang masih lagi dipraktikkan hingga zaman kini. Haruslah ingat bahawa dari sudut pandangan Islam, yang penting hanyalah proses akad nikah. Jika mampu, teruskan! Jika anda sedang melayari Internet mencari cincin yang sesuai untuk pasangan anda, layari laman web SK Jewellery untuk maklumat lebih lanjut.

Trending Posts

View more >
Pengantin Lelaki dan Perempuan dengan Barang Kemas menurut Adat Perkahwinan Melayu

3 Jenis Cincin Dalam Adat Perkahwinan Melayu

Read more

916 GOLD VS 999 GOLD: WHICH IS BETTER?

Read more

Guo Da Li: Si Dian Jin & Other Items To Prepare

Read more
SEO by DigitalWorkie
×

 

Hello!

Click below to chat on WhatsApp

×